My photo
hye semua...(*_^) nama aku norazirah binti arshad...org panggil aku mcm2...tp nk senang panggil jer zira..tapi kat umah family aku panggil nama lain..hehe...nama apa xleh hbaq la..huhu...um0 aku baru 23,muda lagi..hahaha..dah memiliki seorang suami yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 03/02/2013..aku sayang suami aku lbih dari diri aku sendiri...tarikh lahir aku 12/6/1989..di besarkan di negeri kedah..anak jati kedah nie.hihih..tapi tinggal kat daerah nibong tebal,pulau pinang..huhu..dulu aku sekolah kat smk sultan ahmad tajuddin,bandar baharu kedah..dan kemudian melanjutkan pelajaran di ilp nibong tebal dalam kos teknologi perisian multimedia interaktif..aku ada 6 beradik..3 boy 3 gurl..aku anak ke4...aku seorang yg manja..aku memang manja dengan seluruh keluargaku...sekarang aku dah bekerja di celcom center sebagai customer service(officer)..dah tiga tahun lebih dah aku disini..aku mudah berkawan dgn sapa2 jer n mudah jgk mengalirkan air mata....terima kasih pada kawan2 ku kerana menjadi kawan aku~~aku seorag yg simple tapi amat sukakan kekemasan dlm diri..comot2 xmaw r..huhu..aku suka menghabiskan duit dan waktu utk diri sndiri...
FOLLOW MY BLOG

~~YOU FOLLOW ME,I FOLLOW YOU BACK~~
http://segalanytentngdriku.blogspot.com

Wednesday, March 16, 2011

PERKATAAN "SALAM"?? apa maksudnya?? jom kongsi

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

baik gunakan, “ASSALAMUALAIKUM” atau “ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH”.

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang
sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara
memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz
“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang
lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…
Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang
jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim
salam, ‘Assalamualaikum’ pada ALI ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam
kat ALI yer” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko
tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan
berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan
perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui
tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia
guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam
bahasa Yahudi.

Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“
As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong perbetulkan jika anda umat
Islam,dan untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya dan selamat beramal...hehe

di tulis oleh:-

No comments:

Free Flower MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com